Langkau ke kandungan utama

STRATEGI MENCAPAI KEJAYAAN DALAM BISNES DAN SIFAT SEORANG BISNESMAN


STRATEGI MENCAPAI KEJAYAAN DALAM BISNES DAN SIFAT SEORANG BISNESMAN

Apabila didengar cakap-cakap motivator kejayaan dalam bisnes, apa yang mereka cakapkan tentang ciri-ciri yang wajib-ada pada orang bisnes kalau mahu berjaya, gambarannya seolah-olah hanya 'superhuman' sahaja yang layak menjadi businessman amat berjaya.
Sebagai contoh, sesiapa yang mahu berjaya dalam bisnes mestilah menunjukkan sifat-sifat seperti di bawah ini:
+ Mempunyai keyakinan-diri yang tinggi
+ Tidak takut ambil risiko besar
+ Berani mengalami gagal teruk
+ Berani bersaing
+ Berani menempuh segala cabaran
+ Sanggup bekerja sangat, sangat kuat
+ Mesti muka tebal, yakni sikap tidak malu berjualan
+ Pandai mempengaruhi orang
+ Tahan dikritik, dikutuk
+ Bersikap amat positif
+ Mempunyai ilmu bisnes yang bertaraf 'rahsia'
+ Mesti cekal, tabah, pantang undur
+ Mempunyai otak yang amat pintar
+ Mampu berfikir secara strategik dan kreatif
+ Mempunyai iman yang sangat tinggi
+ Mesti kuat bersedekah
+ Mersikap jujur dan amanah
.
Ada 2 strategi mencapai kejayaan dalam bisnes:
Strategi 1: Kita menjadi businessman luar biasa.
Dalam mengaplikasi strategi ini, sebagai individu, diri kita sendiri mesti mempunyai ciri-ciri macam yang di atas itu.
Ciri-ciri itulah yang membolehkan kita menjadi businessman yang sangat berjaya.
Kita mesti menjadi superhuman!
.
Strategi 2: Kita membangunkan syarikat luar biasa.
Kita tidak perlu menjadi superhuman. Kita tidak perlu berjaya.
Kita hanya perlu mengajak beberapa individu lain supaya mereka mahu menjadi rakan-kongsi kita, lalu bersama-sama dengan mereka, kita menubuhkan dan menggerakkan syarikat-syarikat yang sangat berjaya.
Kita sendiri kekal menjadi manusia biasa-biasa.
Kelebihan kita adalah, kita seorang yang tidak tamak dengan kejayaan.
Orang-orang lain suka bekerjasama dengan kita. Mereka suka berjaya bersama-sama dengan kita.
.
Kita biasa-biasa sahaja.... Macam orang lain juga. Kita mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan.
Tetapi kita pandai bekerjasama dengan orang-orang lain.
Hasilnya kita dapat membangunkan syarikat-syarikat yang prestasinya luar biasa.
.
Motivator-motivator bisnes di negara kita terikut-ikut mentaliti motivator Amerika.
Budaya Amerika adalah budaya individualistik.
Mereka memuja-muji, mengagung-agungkan, mendewa-dewakan, kejayaanindividu-individu superhuman!
Kita pun terikut-ikut....
Kita dorong peserta seminar kita supaya menjadi superhuman.
Mulut kita tidak habis-habis menyebut nama-nama 'dewa-dewa bisnes' Amerika.
Dengan menganuti nilai-nilai individualistik budaya Amerika, kita pun mencari-cari businesman tempatan supaya dapat dijadikan dewa-dewa palsu....
Palsu kerana dewa-dewa itu naik dengan menggunakan tali-tali kuasa politik.
.
Jepun, Korea, Taiwan, Hong Kong, dan China mengamalkan budaya kelompok.
Tanpa melahirkan 'dewa-dewa' bisnes, negara-negara itu mampu melahirkan syarikat-syarikat korporat luar biasa.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KATERING MURAH JOHOR BAHRU www.kambinggolekjohor.com Kami menyediakan perkhidmatan katering kambing golek, kambing panggang dan kambing perap untuk majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah, hari jadi, majlis keramaian dan sebagainya. Hidangan istimewa yang amat menyelerakan ini dipanggang 100% menggunakan arang kayu dan akan di masak di tempat majlis anda. Kemudian, ianya akan dipotong secara professional di dihidangkan berbuffet kepada para tetamu. Perapan kambing sebelum majlis kami buat dengan resipi istimewa ini akan menghilangkan bau hamis kambing dan ianya amat sedap dan menyelerakan dihidangkan kepada para tetamu untuk apa jua majlis. Kambing yang kami gunakan juga adalah dari kambing yang berkualiti diimport dari New Zealand, Australia dan juga di ladang ternakan tempatan. Kami menjaga kualiti hasil masakan tersebut agar ianya dapat memberikan kepuasan kepada para pelanggan. Kawasan yang kami akan hidangkan adalah di sekitar Johor Bahru, Skudai, Kempas, T...

promosi bisnes dalam bentuk iklan

tips nasihat... www.kambinggolekjohor.com promosi dalam bentuk iklan sahaja belum tentu cukup bagi MENGGERAKKAN bisnes silalah share semoga bermanfaat

Tips Cara Memasak Kambing Perap Sedap

Assalamualaikum...  LAMB CHOP antara hidangan steak yang sering menjadi pilihan ketika berkunjung ke restoran yang menyediakan hidangan barat.  Namun ada juga yang gemar memasak sendiri di rumah terutama bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Tetapi,  ada pulak yang mengeluh kerana tidak mahir menyediakan bahan perapan yang sedap seperti yang biasa mereka makan di restoran. www.kambinggolekjohor.com Kini,  dengan Kambing Perap segalanya menjadi bukan sahaja mudah dan cepat tetapi juga sedap tau.  Kambing Golek Johor yang dulunya terkenal dengan kemahiran mereka menggolek kambing di majlis keramaian kini turut menjual Kambing Perap.  Kambing diperap dengan rempah ratus asli dan disertakan bersama sosnya sekali.  Anda cuma perlu memanggangnya di atas kuali pemanggang dan hidangkan bersama hidangan sampingan kegemaran anda.  Tadaaaaaa..  Amacam,  kecur tak?  Hahahha....