Assalamualaikum...
LAMB CHOP antara hidangan steak yang sering menjadi pilihan ketika berkunjung ke restoran yang menyediakan hidangan barat. Namun ada juga yang gemar memasak sendiri di rumah terutama bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Tetapi, ada pulak yang mengeluh kerana tidak mahir menyediakan bahan perapan yang sedap seperti yang biasa mereka makan di restoran.
Kini, dengan Kambing Perap segalanya menjadi bukan sahaja mudah dan cepat tetapi juga sedap tau.
Kambing Golek Johor yang dulunya terkenal dengan kemahiran mereka menggolek kambing di majlis keramaian kini turut menjual Kambing Perap.
Kambing diperap dengan rempah ratus asli dan disertakan bersama sosnya sekali.
Anda cuma perlu memanggangnya di atas kuali pemanggang dan hidangkan bersama hidangan sampingan kegemaran anda.
Tadaaaaaa.. Amacam, kecur tak? Hahahha.
Setiap pek Kambing Perap 500 gm ini mengandungi beberapa keping potongan kambing yang telah sedia diperap. Nak lebih mudah, Sk cuma masukkan kepingan kambing perap ke dalam Airfryer dan panggangkan ia selama 12 minit. Hasilnya sungguh juicy dan lembut ditambah rasa rempah yang sempurna.
Untuk sos black pepper tu cuma tambah dengan sedikit sahaja air untuk dilarutkan sebelum dipanaskan dengan api kecil dan curahkan ke atas kambing yang telah siap dipanggang.
Nak mudah, cepat dan sedap?
Jom dapatkan Kambing Perap keluaran Kambing Golek Johor.
Untuk maklumat lanjut, layari facebook di bawah:
Ulasan
Catat Ulasan