Langkau ke kandungan utama

Apakah 3 Rahsia Kejayaan Dalam Bisnes



APAKAH 3 RAHSIA KEJAYAAN DALAM PERNIAGAAN





Rahsia kejayaan dalam bisnesadalah Buat..buat..dan terus buat tanpa alasan sehinggakejayaan itu menjadi milik kita..
💪💪💪
Assalamualaikum dan Selamat Pagi..


Rahsia bisnes'
+ Melihat kejayaan seseorang usahawan di dalam bisnes membuatkan kita merasa kagum dan tertanya-tanya apakah rahsia kejayaan mereka yang begitu hebat.
+ Justeru kita tercari-cari apa rahsia bisnes mereka. Antara 'part' paling menarik adalah apabila seseorang itu jatuh, mereka berjaya bangkit kembali.
+ Apabila di analisa, kita selalu di saran untuk berani mencuba. Namun, berapa ramai di antara kita yang sudah mencuba, apabila jatuh tidak mampu bangkit kembali asbab memulakan bisnes dengan loan, kini trauma dan tiada lagi kamus bisnes di dalam hidup.
+ 'Trial and error' bukanlah bergantung pada cuba nasib. Zaman sekarang bukan lagi sesuatu yang rasional untuk mencuba dan berani gagal. Keberanian adalah satu yang positif, namun rahsia kejayaan bisnessebenar adalah ilmu dan pengalaman yang begitu mahal harganya.
+ Tiada jalan pintas untuk berjaya di dalam bisnes, namun ada ilmu untuk berjaya lebih pantas daripada mereka yang telah mencapai kejayaan. Kegagalan bukanlah pilihan. Setiap usahawan muda kini perlu bahkan wajib ada mentor.
+ Saya dan Tuan He Syam berguru dengan ilmu, ilmu berguna yang di berikan oleh Puan Guru, Puan Ainon Mohd. Seorang mentor yang baik hati, humble dan sangat pemurah di dalam menyampaikan ilmu. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberikan kesihatan yang baik buat Puan Guru di hari-hari seterusnya.
+ Sebenarnya, tiada rahsia di dalam kejayaan bisnes seseorang itu, yang ada adalah ilmu, ketabahan dan pengorbanan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KATERING MURAH JOHOR BAHRU www.kambinggolekjohor.com Kami menyediakan perkhidmatan katering kambing golek, kambing panggang dan kambing perap untuk majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah, hari jadi, majlis keramaian dan sebagainya. Hidangan istimewa yang amat menyelerakan ini dipanggang 100% menggunakan arang kayu dan akan di masak di tempat majlis anda. Kemudian, ianya akan dipotong secara professional di dihidangkan berbuffet kepada para tetamu. Perapan kambing sebelum majlis kami buat dengan resipi istimewa ini akan menghilangkan bau hamis kambing dan ianya amat sedap dan menyelerakan dihidangkan kepada para tetamu untuk apa jua majlis. Kambing yang kami gunakan juga adalah dari kambing yang berkualiti diimport dari New Zealand, Australia dan juga di ladang ternakan tempatan. Kami menjaga kualiti hasil masakan tersebut agar ianya dapat memberikan kepuasan kepada para pelanggan. Kawasan yang kami akan hidangkan adalah di sekitar Johor Bahru, Skudai, Kempas, T...

promosi bisnes dalam bentuk iklan

tips nasihat... www.kambinggolekjohor.com promosi dalam bentuk iklan sahaja belum tentu cukup bagi MENGGERAKKAN bisnes silalah share semoga bermanfaat

Tips Cara Memasak Kambing Perap Sedap

Assalamualaikum...  LAMB CHOP antara hidangan steak yang sering menjadi pilihan ketika berkunjung ke restoran yang menyediakan hidangan barat.  Namun ada juga yang gemar memasak sendiri di rumah terutama bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Tetapi,  ada pulak yang mengeluh kerana tidak mahir menyediakan bahan perapan yang sedap seperti yang biasa mereka makan di restoran. www.kambinggolekjohor.com Kini,  dengan Kambing Perap segalanya menjadi bukan sahaja mudah dan cepat tetapi juga sedap tau.  Kambing Golek Johor yang dulunya terkenal dengan kemahiran mereka menggolek kambing di majlis keramaian kini turut menjual Kambing Perap.  Kambing diperap dengan rempah ratus asli dan disertakan bersama sosnya sekali.  Anda cuma perlu memanggangnya di atas kuali pemanggang dan hidangkan bersama hidangan sampingan kegemaran anda.  Tadaaaaaa..  Amacam,  kecur tak?  Hahahha....